Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Movahhedi Kermani dalam khutbah Jumaat minggu lalu di Mushalla Imam Khomeini mengecam tindakan pengganas Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) membunuh umat Islam dan berkata, "Gerakan ganas dan anti Islam ini merupakan ancaman bagi kedamaian dan keamanan bagi seluruh mazhab serta kaum di peringkat global."
Tambah beliau lagi, "Alhamdulillah, ISIL sedang menghadapi kekalahan dan askar Iraq yang disokong oleh rakyat sedang mencabut akar umbinya."
Imam solat Jumaat ini juga menyentuh tentang sokongan kuasa angkuh dunia tehadap kumpulan ISIL dan berkata, "Kuasa angkuh dunia berkhayal bahawa pembunuhan, keganasan dan perbuatan seperti ini dapat mencegah penampilan Islam dan revolusinya, namun nasib baik mereka tidak dapat melakukan apa-apa."
Sambil menyifatkan pengganas ISIL sebagai kumpulan penjenayah, pembunuh manusia, pengkhianat, penumpah darah, penjahat dan kotor, beliau berkata, "Dunia kuasa besar perlu tahu sepanjang kurun yang lampau mereka datang memerangi Islam dengan seluruh alat senjata, ini disebabkan Islam akan memberikan kesejahteraan kepada semua orang. Namun demi kegembiraan diri sendiri, mereka harus mengorban isu kemanusiaan."
Tambah beliau lagi, "Islam menganggap perhambaan dan pasrah hanyalah kepada Allah, namun kuasa besar dunia menganggap semua orang hendaklah tunduk dihadapannya; Islam mempertahankan hak kemanusiaan dan insan, namun mereka ini penjenayah global, sekiranya terdapat gerakan positif yang ingin membela hak manusia yang tertindas, anggota dari mereka cepat-cepat memvetokannya."
Muvahhedi Kermani menegaskan bahawa kuasa besar dunia tidak tahan dengan Islam dan mengingatkan, "Kuasa angkuh dunia merasakan dengan pembunuhan, keganasan dan sebagainya dapat menghapuskan pengaruh Islam, kerana itu kerja-kerjanya ialah mempertahankan keganasan."
Beliau juga mengingatkan betapa pentingnya orang beriman menjaga spiritual perjuangan dan kesyahidan dalam menentang kuasa angkuh dunia, beliau berkata, "Sebagai contoh setelah terjadinya kemenangan di awal era Revolusi Islam Iran pada bulan Tir dan Shahrivar, para kes penjenayah telah bertukar menjadi skandal manakala para munafik telah jatuh ke dalam tong sampah buat selama-lamanya."
"Telah terjadi jenayah yang paling dahsyat di atas muka bumi ini, telah berlaku peristiwa Karbala dan kesyahidan para imam maksum. Namun kegiatan taghut hanyalah menyerang manakala ajaran Ahlul Bait (a.s) masih lestari, ini disebabkan Allah (s.w.t) menjadi kelestariannya," ujar beliau.
Ayatullah Movahhedi Kermani mengingatkan tentang ayat-ayat al-Qur'an al-Karim yang menceritakan sokongan dan bantuan Allah kepada para penyokong kebenaran dan menambah, "Ini adalah firman Allah (s.w.t) yang tetap akan terjadi yang mana para nabi akan mencapai kemenangan."
"Tindakan-tindakan jenayah ISIL yang memperalatkan nama Islam, dengan melaungkan takbir sebanyak 3 kali mereka membunuh umat Islam, pangkuan mereka tercemar dengan darah yang haram ditumpahkan, malangnya kegiatan buruk dan secara langsung ini telah terjadi di dunia dengan menggunakan nama Islam.
"Apa yang menyakitkan hati ialah umat Islam berselisih dalam menghadapi jenayah ini.
"Nasib baik perselisihan ini kian berkurangan dan pembunuhan sesama umat telah dikecam," terang beliau dengan tegas.
Anggota Majlis Khubregan Rahbari ini mengingatkan kenyataan Rahbar Ayatullah Sayid Ali Khamenei mengenai kejadian di Iraq sebagai bukan konflik Sunni dan Syiah, bahkan beliau menunjukkannya sebagai krisis antara anti kemanusiaan dan penyokongnya."
Sambil mengucapkan terima kasih kepada para marja' di Iraq, beliau berkata, "Beliau (Sayid Ali Khamenei) menganggap peranan marja' taqlid dalam kemaraan askar Iraq dan memberi kejayaan dan mendapat pedoman untuk menghadapi kumpulan pengganas selain membela golongan tertindas dan membasmi para penjenayah tersebut."
Selain itu, khatib Jumaat ini menegaskan para ulama Sunni juga turut memainkan peranan penting dalam menangani krisis keselamatan Iraq.
"Yang anehnya ialah para penyokong pengganas ini dan mereka yang mengaku pejuang demokrasi seolah-olah menyokong keganasan yang dilakukan kumpulan pengganas ini."
"Masyarakat antarabangsa umumnya umat Islam dan bukan Islam, mereka tidak mengutuk secara terang-terangan terhadap perkara ini. Sepatutnya masyarakat antarabangsa seperti OIC, Liga Arab, PBB terutamanya Majlis Keselamatan, pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia lebih banyak mengeluarkan kecaman.
"Umat Islam menjadi korban pengganas. Malangnya Zionis dan kuasa dominasi telah membicarakan topik Islamfobia, mereka cuba gambarkan bahawa Islam ini mempunyai program yang salah dan penumpahan darah.
"Mereka berusaha agar wajah Islam tampak ganas. Namun mereka tahu gerakan ganas, anti Islam dan anti kemanusiaan ini juga merupakan ancaman keamanan dan keselamatan dunia serta seluruh mazhab dan kaum.
"Alhamdulillah, ISIL di Iraq sedang menghadapi kekalahan, askar dan rakyat Iraq sedang membasmi akar umbi pengganas dengan segenap kekuatan," tutur beliau.
6 Julai 2014 - 09:30
News ID: 621763
ISIL mencemarkan nama baik Islam sementara itu umat masih berselisih faham dalam menghadapi kumpulan ini. Kuasa angkuh dunia tahu bahawa Islam membawa kesejahteraan umat, namun demi kepentingan sendiri mereka sanggup korbankan isu kemanusiaan.